Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 3

Seminggu lebih saya berhenti seketika update blog ni, saya sibuk berkursus dan baru minggu ini rasa free skit. Last entry utk Selamat Pengantin Baru Abg 3..



Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama pengantin. Separuh dari ahli keluarga ada dlm gambar ini. Acik & suami, Adik & suami, Kak Long, Abg Ngah, Abg Jepoi tidak berada di dalam gambar.

Saya suami isteri juga tumpang gembira atas pertemua jodoh mereka berdua ini. Doa kami, moga Allah memberkati rumahtangga yg dibina dunia dan akhirat. Ameen.



Sesambil tu, sempat bergambar dgn si kembar ...yg ini Amin Al Hafidz

Yang ini pulak...Amin Al Harith.....dia makan dulu sblm pengantin makan...lapar..laparr....

Monday, July 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 2

Jumaat 15 Jul 2011

Awal pagi lagi kami dah bergegas bersiap. Janjinya pagi ini majlis pernikahan akan berlangsung jam 10 pagi. Kami perlu bergerak dari rumah Abg Ngah jam 9 paling lewat. Pagi ini bakal pengantin berpakaian serba pink.

Perjalana pagi itu sgt mudah. Berdoa doa semua ahli keluarga, kami sampai di perkarangan rumah pengantin agak awal, jam 9.15 pagi. Tak kisahlah sampai awal. X apa kalo menanti Qadhi smp, jangan Qadhi yg menanti kita. Abag & emak nampak gembira utk menyambut menantu bongsu perempuan. Kata emak, dlm istikharahnya, ini adalah yg terbaik utk abg. Emak sgt yakin dgn istikharahnya, dan gerak hatinya. Namun saya sangat pasti, emak dan abah x putus2 mendoakan kebaikan dan berkat jodoh ini utk abg. Ini adalah permulaan hidup yg baru buat abg setelah dia melalui hidup yg sgt sukar. Berkat doa semua, sokongan semua, kini abg mampu membina bahagianya sendiri. Itu merupakan satu rahmat, satu hadiah yg kami sekeluarga sgt2 syukuri.




Dan ini hantaran yg kami bawa utk hadih pengantin perempuan.



Saya juga x terlepas untuk bergambar bersama pengantin.



Pengantin nampak berpeluh....keh..keh... bukan dia saja yg nervous, saya pun....!! Menggigil kepala lutut rasanya.



Usai pernikahan...



Alhamdulillah.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Selamat Pengantin Baru Abg... 1

Ha..saya baru masuk bekerja hari ini setelah 2 hari bercuti minggu lepas dan sambung cuti sabtu ahad. Ini adalah kerana persiapan terakhir menjelang majlis pernikahan dan persandingan abg kesayangan saya & juga merupakan puterasa bongsu mak & abah.

Khamis 14 Jul 2011.
Seawal pagi lagis aya sudah bangun pagi & bergegas ke Sg Besi. Janji nya pagi ini saya akan mengambil "bakal pengantin" dan terus ke Nilai utk majlis doa selamat & arwah yg dijadualkan akan berlangsung malam ini. Jam 9 saya sampai di Sg Besi dan ambil abg, kami menuju ke Nilai. Sampai Nilai, singgah bank utk keluarkan sejumlah duit utk mas kahwin. RM8000.

Lebih kurang jam 11 sampai ke rumah Abg Ngah. Mak & Kak Na dah siap kupas segala bawang dan bahan2 utk masak petang nanti. So disebabkan kurangnay kaki tangan (kak long org kuat x dpt dtg) so pengantin kami kerah buat kerja :)




Pengantin sedang sibuk potong kentang. Mak nak buat sayur campur ngan tempe. Abg saya ni memang sgt rajin tolong kerja rumah. So ini sebahagian dr kerja2 yg biasa di lakukannya, bukan utk time kenduri sahaja, tp utk watu2 lain juga.

Bukan itu sahaja, dia juga yg memasang telo di bunga paha. Hahaa...bukan senang nak tgk pengantin pasang bunga telor sendiri. Kalo perempuan tu memang biasa lah kita dengar, tp kalo lelaki...rasa2 anda pernah dengar tak pengantin lelaki pasang telor dan cucuk bunga telor di paha? Tapi abg saya lakukannya sendiri. Sebab, kami sgt2 kekurangan kaki tangan.

Malam itu selepas Isyak, kami sekeluarga  mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat beserta kenduri arwah atok, opah, makcik Yom, Pakcik zakarian, Aneesa & Aqeelah. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 mlm. Malam tu pengantin jugak yg kene basuh periuk belanga di bantu suami saya. Haaa..saya sudah patah pinggag, tapi satu benda lagi x selesai...berinai..



Inilah hasil dr titipan inai di jari bakal penganti. Pengantin tido malam tu jam 2 pagi. Jaga inai takut kene bantal. Hahahah..

Wednesday, July 13, 2011

Si kembar saya....Aminul Hafiz dan Aminul Harith

Mereka berdua ini lahir sebulan selepas Zara Aneesa lahir. Tahun yang sama. Jadi tumbesaran yg berlaku terhadap mereka berdua ini adalah sama dengan tumbesaran Aneesa. Sekarang dah bertatih utk berjalan. Dan dalam ingatan saya, berkemungkinan juga "disana" Aneesa juga begini. Bertatih2 dengan bidadari yg sgt mengasihi dirinya. Opsss...terlebih imaginasi ...Maafkan saya (Rindu Aneesa).


Saya pulang kekampung minggu lepas. Dan kebiasaannya akak akan juga pulang ke kampung utk makan tengahhari bersama2 saya. So best part nya, si kembar ini akan saya capai dulu ketika mereka sampai di rumah emak. Hafiz & Harith yg sangat comel. Dengan keletah2 terbaru yg sgt comel. Baru 7 bulan lebih, Hafiz & Harith sudah ingin bangun & berdiri. Mencari port2 yg selesa utk berlajar bediri. Kadangakala saja saya dirikan utk mereka rasa self confidence.

Dulu ingat lagi, selama saya dalam pantang, akak bersalinkan si kembar ini. Jadi disebabkan saya tiada anak, saya ambil kesempatan menjaga si kembar terutamanya si Hafiz. Tidur malam pun dgn si Hafiz sebab si Harith waktu tu byk "songeh". Hafiz waktu itu sgt baik. Alhamdulillah, Allah beri saya luangkan masa yg banyak dlm waktu berpantang itu utk menjaga mereka ini.

Ingat lagi, ketika hampir hujung masa berpantang dan ingin mula bekerja, saya menangis meninggalkan mereka. Rasa rindu yg amat sgt. Merekalah cinta hati saya, gantian dari kehilangan Zara Aneesa. Namun saya harus pergi tunaikan tanggungjawab saya utk bekerja. Rindu tetap rindu. Bila ada waktu hujung minggu, saya akan pulang ke kampung ziarah mereka.

Monday, July 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 2.

Alahdmulillah dan sujud syukur saya ke hadrat Illahi atas kurniaannya dan kesempatan kami suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 2. Terlalu byk ujian yg mendatang dalam masa 2 tahun ini yg mengajar kami utk terus sabar & terus bersama. Dan selama 2 tahun ini, hadiah paling indah & bermakna dalam hidup saya adalah lahirnya arwah Zara Aneesa dlm hidup kami. Walaupun kini dia telah tiada, namun dia tetap "hidup" utk kami berdua.

UtkMu Ya Allah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan utk Mu. Terima kasih Ya Allah atas kesempatan2 ini. Rahmat & berkati rumahtangga kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

Utk suami tersayang, you are such a very great husband. Terima kasih kerana melengkapkan hidup saya sbg seorang isteri & suami. Mohon redha atas saya dunia dan akhirat. Terima kasih atas segalanya. Moga Allah lindungimu selalu.

Dan ini hadiah dari suami bersempena ulang tahun perkahwinan kami. Saya jenis x berapa pakai sgt barang kemas, tapi balik dr shopping barang kenduri saya dan suami singgah ke kedai emas di satu shopping mall. Ha, ni lah hasil dr persinggahan kami.




Friday, July 8, 2011

Kesibukan...

Saya masih lagi sibuk dgn kerja2 office. Kesibukan tersebut membuatkan saya tidak sempat update utk isi2 penting kursus jenazah yg saya sertai bersama Ayu di Nilai selama 3 minggu. Modul & praktikal yg sgt menarik & difahami. Doakan saya diberi kelapangan untuk berkongsinya dengan teman2. Insyaalah.

Utk Julai, bulan ini merupakan bulan yg juga penuh dgn aktiviti. Pertamanya, abg saya akan mendirikan rumahtangga. Keputusannya untuk mendirikan rumahtangga sgt2 menggembirakan kami. Alhamdulillah, bertemu jodoh dgn seorang yg sgt baik dan solehah. Majlis pernikahannya akan berlangsung di Semenyih pada 15 Julai 2011. Malam sebelum pernikahan itu juga, keluarga saya akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran & arwah utk Zara Aneesa dan Aqeelah. Mohon doa agar majlis tersebut berjalan lancar.

Majlis di kampung saya akan berlangsung selepas hari raya. Di sebabkan kesuntukan masa, menanti adik yg tinggal di sarawah dan Australia utk plan balik ke kg, jadinya di tunda sehingga selepas raya. Doakan majlis tersebut berjalan lancar.

Untuk Julai ini juga rasanya, saya sibuk dgn persiapan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, persiapan raya juga telah saya lakukan seawal yg mungkin kerana tidak mahu menggung saya utk beribadah di karnival Ramadhan. Bulan tarbiyah yg sesungguhnya pentarbiyahan itu patut diterus tak kira apa bulan sekalipun. Doakan moga hati2 kita ini terbuka utk sama2 mengejar rahmat & barakah Allah SWT.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Tuesday, June 21, 2011

Musibah & Ujian Kematian

Awal subuh hari ahad lalu, saya menerima satu sms dari teman rapat seoffice yg memberitahu subuh itu ibunya tercinta pergi menghadap Illahi.

Sangat2 terkejut dengan berita itu, saya terus mendail no Kak Ju, ingin mendapat kesahihan. Sekejap saja telefon berdering, saya terdengar, suara tangisan di hujung talian..bergetar hati saya. Airmata mengalir deras mengingati yg saya pernah menghadapi pemergian anak tersayang. Sedihnya sama..sangat sayu. Allah, tabahkan hati insan ini Ya Allah. Ibu yg sebelum ini agak sihat selepas keluar dari hospital bulan Mei lepas, kini rohnya telah kembali kepada Pencipta.

Untuk Kak Ju sekeluarga, redhalah atas ujian ini, dan setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Moga mudah perjalanan kembalinya hamba kepada Pencipta dan moga Allah tempatkan roh mak bersalah para solehah. Ameen.

Friday, June 17, 2011

Kursus Jenazah

Esok, masa cuti akan dihabiskan utk menghadiri kursus jenazah di Sepang. Doakan perjalanan saya selamat dan Insyaallah akan update isinya kemudian nanti.


Moga Bahagia Terusan Milikmu Teman...

Hari ini saya mendapat perkhabaran yang sgt menyenangkan, bergenang juga airmata bila mendapat tahu perkhabaran itu. Beberapa tahun kami tidak bertemu, setelah byk ujian yg menimpanya, setelah kesukaran demi kesukaran di lalui, setelah byk airmata gugur, Alhamdulillah kini semua itu lenyap..kini bahagia dan ceria meliputi setiap sudut kehidupannya. Syukur padamu Tuhan.

Untuk teman, pastinya semua yg baik kini adalah hikmah dan berkat dari sabar dan doa mu. Lihat, banyak hikmah yg baik2 sekarang yg tak terjangkau dek fikiran kita yg satu masa dulu, semua kesusahan ini akan lenyap. Yang tinggal hanya kenangan utk diri mu jadikan pedoman. Aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk mu, utk keluarga mu...Dan aku yakin, sekiranya orang lain mampu bahagia, kau juga mampu mengecapinya. Cuma masa, ketika dan doa yg perlu untuk usaha ke arah itu. Ingat, kebahagiaan itu perlu dicari & dipupuk. Pengorbanan perlu dilakukan utk mengecapinya juga.

Aku bangga denganmu teman...walaupun aku jauh, dan entah bila kita akan ketemu, jauh dilubuk hatiku, aku tetap ingin kau bahagia, ingin segala derita itu jauh dari mu. Aku pasti akan mendoakan mu selalu. Itu janji ku. Ya Allah, ku panjatkan doa utk temanku ini, peliharan dia dlm keselematan, berikan bahagia utknya kini dan selamanya, hindari dia dari kesedihan, kepayahan dan kesakitan. Mohon lindunginya Ya Allah...Ameeennn..



Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu Mummy...

8 May ini, adalah sambutan hari ibu sedunia. Satu dunia sibuk menyatakan betapa cintanya kita pada ibu, betapa besarnya pengorbanan ibu, betapa kuatnya peranan ibu dlm membesarkan kita, mendidik kita. Betapa Islam meninggikan darjat ibu smpkan syurga itu dibawah tapak kaki ibu!! Besar bukan? Saya bangga yg saya dijadikan sbg seorang wanita, sebagai seorang ibu yg Allah tinggikan darjatnya. Alahamdulllah :)

Seawal minggu ini suami org paling awal mengucapkan selamat hari ibu..Ya, tahun ini tahun pertama saya menyambutnya, saya sudah menjadi ibu. Saya merasa bagaimana bertarung nyawa melahirkan zuriat, saya merasa terujanya melihat anak & mendakap dengan kasih sayang...Ya Allah, anak adalah satu kurniaan yg sangat besar, yang tidak ada tolok bandingnya.

Namun sambutan tahun ini yg pertama kalinya disambut oleh saya tanpa kehadiran anak dlm dakapan saya. ;(. Entah mengapa, semakin dekat sambutan hari ibu, hati saya semakin sayu. semakin mudah utk airmata ini mengalir. Sambutan tanpa anak, yg saya sendiri tidak mngetahui bagaiamana agaknya menyambut hari ibu dengan kehadiran cahaya mata. Malam tadi pun begitu, selepas menonton Semanis Kurma di TV9 bercerita tentang topik "Kasihnya Ibu", saya termenung seketika, sambil berbaring, airmata mengalir deras. Konon nak sorok dari suami, tapi suami perasan juga yg saya sebenarnya menangis dlm gelap. Di desak saya menyatakan kenapa saya menangis, mulanya saya menggeleng saja, tapi apabila didesak, saya ckp "org lain sambut hari ibu dgn kehadiran cahaya mata yg boleh di peluk & dikucup, namun tidak bagi saya" saya tau suami agak tersentak ketika saya meluahkan apa yg terbuku..."sabar syg, Allah tahu apa yg terbaik utk kita..sabarlah"..itu saja yg diucap utk memujuk hati saya. Mungkin dia faham apa yg terbuku dihati saya.

Apa yg saya luahkan disini adalah hanya kesedihan saya. Saya manusia biasa yg pasti tak termampu membendung kesedihan dihati. Melihat org lain yg sgt gembira menyambut hari ibu, hati saya sedikit sedih. Dan saya redha atas apa yg saya lalui sbg satu pahala & juga jalan hidup terbaik yg Allah tetapkan. Cuma mungkin pemergian puteri kami 7 bulan lalu membawa kesan kerinduan yg sgt besar hinggakan sambutan hari ibu itu sedikit sebanyak menyedihkan saya.

Sebaik2 tempat dan Allah sebaik2 penjaga Zara Aneesa. Pasti Mum akan bertemu Zara Aneesa nanti. Mummy always love Aneesa .....

Utk teman2 yg membaca entri ini, Selamat Hari Ibu ..Anda Ibu terbaik didunia...