Saya masih lagi sibuk dgn kerja2 office. Kesibukan tersebut membuatkan saya tidak sempat update utk isi2 penting kursus jenazah yg saya sertai bersama Ayu di Nilai selama 3 minggu. Modul & praktikal yg sgt menarik & difahami. Doakan saya diberi kelapangan untuk berkongsinya dengan teman2. Insyaalah.
Utk Julai, bulan ini merupakan bulan yg juga penuh dgn aktiviti. Pertamanya, abg saya akan mendirikan rumahtangga. Keputusannya untuk mendirikan rumahtangga sgt2 menggembirakan kami. Alhamdulillah, bertemu jodoh dgn seorang yg sgt baik dan solehah. Majlis pernikahannya akan berlangsung di Semenyih pada 15 Julai 2011. Malam sebelum pernikahan itu juga, keluarga saya akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran & arwah utk Zara Aneesa dan Aqeelah. Mohon doa agar majlis tersebut berjalan lancar.
Majlis di kampung saya akan berlangsung selepas hari raya. Di sebabkan kesuntukan masa, menanti adik yg tinggal di sarawah dan Australia utk plan balik ke kg, jadinya di tunda sehingga selepas raya. Doakan majlis tersebut berjalan lancar.
Untuk Julai ini juga rasanya, saya sibuk dgn persiapan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, persiapan raya juga telah saya lakukan seawal yg mungkin kerana tidak mahu menggung saya utk beribadah di karnival Ramadhan. Bulan tarbiyah yg sesungguhnya pentarbiyahan itu patut diterus tak kira apa bulan sekalipun. Doakan moga hati2 kita ini terbuka utk sama2 mengejar rahmat & barakah Allah SWT.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
No comments:
Post a Comment