Thursday, October 13, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang 2

Saya masih ingat, saya diberi cuti seawal 12hb utk rehat dirumah. Memandangkan saya bekerja 30-40 minit memandu kereta, jadi saya mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Dok sorang kat rumah, suami siap belikan makanan untuk saya sebelum dia pergi bekerja. Mana taknya, saya dah x mampu nak bergerak banyak. Perut semakin membesar & kaki membengkak.

Sabtu ahad minggu tersebut juga, suami hantar saya pulang ke kampung. Saya & suami plan supaya saya bersalin di hospital di kampung saja, dah dekat dengan mak & abah. Tak lah dia risau sangat. Suami hantar saya hari jumaat malam sabtu. Sebelum balik tu juga sempat saya bertemu dengan busu (ibu saudara suami).
Sabtu ahad dok di kampung, akak yg ketika itu mengandung anak kembar ada pulang ke kampung. So biasanya kami akan makan bersama, minum air kelapa. Yerlah, tahun ini jangkaannya keluarga kami akan menerima 4 orang bayi, tapi ada 3 ibu sahaja..Mana taknya, rezeki Allah beri lebih pada akak yg mengandungkan anak kembar…Wow..4 bayi sekali gus..Subhanallah..rezeki Allah tidak terhingga, sekelip mata nanti, keluarga kami akan jadi sgt besar..

Ahad lepas maghrib, suami pulang semula ke kelang…Dah nak mula bekerja. Entah mengapa, saya dapat merasakan yg ini kali terakhir saya akan bertemunya. Doa saya panjatkan moga saya masih berkesempatan bertemu suami lagi. Air mata mencurah2 keluar setelah dia pulang ke Kelang. Saya tidak tahu bagaimana datangnya perasaan sedih itu..dari saya sendiri, atau dari bayi yg saya kandung..sedihnya amat terasa hingga ke jantung…Saya bercakap2 dgn anak yg di kandung.."Kita doa yer daddy sihat, selamat dekat sana..Jangan sedih..mummy ada.." saya sendiri tidak mengetahu samada saya yang sangat sedih atau anak ini…setiap kali doa, semestinya saya menangis…

Isnin saya dengar melalui corong telefon, suami demam…lagilah saya sedih…tak terkata, menangis…saya dan anak mendoakan suami sihat…Pagi itu tanda2 darah sudah keluar. Saya ceritakan pd emak yg darah beku keluar..Saya pun minta izin utk ke klnik kesihatan di kampung saya, dan saya di arahkan untuk ke hospital terus. Semasa di klinik kesihatan, saya sempat memberitahu suami, andai kata anak ini putera, saya nak namakan dia Muhammad Fakhri Faiz bin Mohd Fairuz. Andai kata yg lahir ini puteri saya ingin namakan Nur Zara Aneesa binti Mohd Fairuz…Suami sgt bersetuju, sbbnya nama itu saya cari dlm buku nama seawal 6 bulan kandungan dan ada makna…Kenapa ada dua nama? Haaa..sebab kami sendiri tidak pasti jantina apa anak yg dikandung ini. Kami memang inginkan kejutan.

Zuhur tengahhari itu, abah & emak menghantar saya ke hospital. Masuk dia wad bersalin saya di arah membuat pendaftaran & menunggu. Pada masa yg sama, saya call suami yang saya kena tahan hospital.
Saya di bawa masuk ke ruang utk pemeriksaan, ternyata, jalan sudah terbuka 1cm..Allah, berdebar..ini lah masa yg sangat2 saya tunggu. Walaupun sedikit takut, namun saya teruja kerana saya ingin sangat melihat wajah insan yg saya kandungkan ini..saya ingin sangat menatap dan memeluk anak yg lahir dari zuriat keturunan saya & suami, anak yg saya belai dgn kata2 doa, dengan kata sayang dan rangsangan…Tidak henti bibir mengucapkan syukur & berdoa akan keselamatan saya nanti..

Suami otw balik ke kampung..dia tentunya sgt berdebar menantikan cahaya matanya ini…
Petang itu suami dtg melawat saya…darah masih x henti keluar..makin hari makin banyak…tanda2 utk jangkaan bersalin semakin dekat namun tiada contraction berlaku..hanya darah..

Malam itu makin byk darah…saya tanya dgn nurse yg bertugas malam itu, adakah ini tanda ingin bersalin? Berapa lama selalunya selepas tanda ini, akan lahirnya anak…nurse tu minta saya tunggu & dan beritahu kalau betul2 sudah sakit…saya tidak lena tidur malam itu..resah & bermacam2 saya fikirkan..Ya Allah, selamatkan saya & anak ini Ya Allah…Kasihanilah kami Ya Allah…Ya Allah, bantu kami Ya Allah...Ya Allah, pergantungan kami hanya pada Mu ya Allah...

Subuh menjelmaaa......Selasa...


Wednesday, October 5, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang 1

Hari ini 5hb Oct. Saya ibarat menghitung hari menantikan hari lahir utk tahun pertama puteri sulung. Dia lahir 20.10.2010. 15 hari to go dari sekarang…Kalau tahun lalu saya menantinya dengan penuh debar dan tak sabar, kehulu kehilir dengan perut yg besar, tapi tahun ini saya menantikan dgn doa & harapan, moga Arwah Aneesa ditempatkan bersama para solihin dan kanak2 lain yg comel di sana. Saya mungkin tidak nampak dia dimana, naumn saya tahu dia tetap ada dihati saya, tetap ada ditempat yg selamat dan Yg Maha Menyelamat menjaganya...

Saya masih ingat, tahun lalu, waktu ini saya masih lagi bekerja. Masih lagi memanjat tangga office setinggi 3 tingkat. Masih lagi kawan2 treat makan tempat yang best kerana ibu mengandung selalunya mendapat layanan yg sgt baik, dr kawan2, dimanjakan..ibu mengandunglah katakan..Masih sempat juga belanja kawan2 makan di Nyonya Penang, belasah semangkuk asam laksa yg memang menjadi feveret saya masa mengandung..Semat lagi si Shakir (adik eng di ofice) buatkan saya nasi goreng sbb teringin bila nampak tiap2 hari dia bawak bekal nasi goreng..so one day saya mintak dia masakkan nasi goreng utk saya. Nasi goreng minyak..heheh

Di saat2 akhir kandungan juga merupakan satu masa yg sangat meletihkan. Saya sudah tidak masak selepas balik kerja, selalunya suami tapau aje selepas balik kerja. But Alhamdulillah, puasa Ramadhan dapat dihabiskan selama 30hari…Anak mum hebat…Itu cara mendidik anak utk patuh pada ajaran agama. Memang ibu mengandung diberi "pelepasan" utk tidak melakukan ibadah itu kerana dikhuatiri menganggu kesihatan kandungan, namun saya percaya, dengan didikan dr awal kandungan, anak saya pasti akan jadi anak hebat, anak yg "amal makruf, nahi mungkar" …itu doa saya setiap hari sejak saya mula mengandung…

Ini final list barang2 yg saya sudah & akan beli…amik dari satu laman web as saya punya checklist...yang biru, dah beli..yg merah belun beli..

Untuk Bayi (Pakaian)
1. Baju: saiz new born 5 pasang, saiz 6-12 bulan 5-7 pasang, lebih pun tak pe sebab boleh pakai sampai umur setahun atau lebih (gabungkan : seluar panjang dan seluar pendek, baju lengan panjang dan pendek, baju lubang2 utk cuaca panas, singlet dan baju jalan)
2. Stokin/sarung tangan dan kaki: 5-7 pasang
3. Sapu tangan: 10 helai
4. Tuala mandi: 3 helai - nak beli selai lagi
5. Lampin kain: 1 dozen untuk bedung, multipurpose - nak beli 1 pek lagi

6. Kain bedung: 3 helai. Saya pakai lampin yg saya beli saja nanti.
7. Selimut - blanket nak beli 1 lagi.
8. Topi yang sesuai - elok ada topi yang boleh lindung dari panas bukan sekadar fesyen.
9.Barut bayi / binder: 10 helai - opah buat

Dandanan dan Ubatan
1. Minyak telon, minyak yuyi - ada dr tak berapa galakkan. minyak yuyi panas sikit banding dgn telon.
2. Minyak bayi - baby oil, minyak zaitun pure tu okay gak atau minyak kelapa dara
3. Syampu, sabun - elok beli pek kecik (travel set) sebab takut kulit baby tak serasi.
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik. - cutenya...
5. Pembersih hidung - berbentuk seperti hon
6. Krim lampin - boleh beli di farmasi jenama antaranya bepanthen (boleh juga digunakan sbg krim nipple merekah jika menyusu) dan drapolene
7. Lampin pakai buang saiz newborn (jika nak pakai lampin kain boleh juga beli CD - cloth diaper) - nak beli satu pek lagi.
8. Sikat lembut - cute
9. Kapas muka / cotton ball


Feeding
1. Botol susu
2. puting getah untuk newborn (tengok saiz)
3. Pembersih botol susu.

4. Steriliser kalau budget lebih. Boleh juga beli pil untuk sterile, jadi tak perlu stim/rebus botol.

Peralatan

1. Besen mandi beserta getah alasnya kalau tiada - biasanya awal2 kita mandikan kat sinki atau besen kecik je yang ambik dari dapur
2. Stroller - beli lambat sikit pun tak pe.. lepas abis pantang ke
3. Katil bayi - beli lambat pun tak pe.. sebab kebanyakan ibu terutamanya yg menyusu suka baby tido sebelah... senang menyusu dan perasan kalau dia nangis...

4. Kelambu payung - jika rumah ada nyamuk.
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby - opah bagi

6. Lapik plastik untuk salin lampin bayi. - sesetengah diaper bag ada ni sekali.
7. Tilam bayi - jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu. Boleh juga beli comforter/tilam nipis, nak jalan2 senang. - opah buat baik punya...
8. Bantal dan bantal peluk. Tapi sebulan pertama anak saya tak pakai bantal, dr tak galakkan. - nak tambah bantal peluk je dua bijik. - opah buat baik punya...


Untuk Ibu
1. Breastpump (sila refer topi breastpump dalam forum bersalin ni..)
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan (boleh juga diisi dalam botol susu, tapi pastikan botol susu punya penutup (seal) - bukan tutup atas bulat tu
3. Barut - ada jugak ibu yg pakai girdle je
4. Batu sungai jika ingin bertungku - opah ada
5. Stokin tebal
6. Rempah2 untuk ibu dalam pantang utk letak dalam makanan seperti halia, lada hitam, kunyit, bawang putih - ni boleh beli lambat sikit kang kecut semua
7. Nursing bra
8. Jamu jika mahu makan jamu - tapi awal2 jangan makan lebih2 lagi jika anak ada jaundis/kuning. - Nona Roguy