Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 3

Seminggu lebih saya berhenti seketika update blog ni, saya sibuk berkursus dan baru minggu ini rasa free skit. Last entry utk Selamat Pengantin Baru Abg 3..



Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama pengantin. Separuh dari ahli keluarga ada dlm gambar ini. Acik & suami, Adik & suami, Kak Long, Abg Ngah, Abg Jepoi tidak berada di dalam gambar.

Saya suami isteri juga tumpang gembira atas pertemua jodoh mereka berdua ini. Doa kami, moga Allah memberkati rumahtangga yg dibina dunia dan akhirat. Ameen.



Sesambil tu, sempat bergambar dgn si kembar ...yg ini Amin Al Hafidz

Yang ini pulak...Amin Al Harith.....dia makan dulu sblm pengantin makan...lapar..laparr....

Monday, July 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 2

Jumaat 15 Jul 2011

Awal pagi lagi kami dah bergegas bersiap. Janjinya pagi ini majlis pernikahan akan berlangsung jam 10 pagi. Kami perlu bergerak dari rumah Abg Ngah jam 9 paling lewat. Pagi ini bakal pengantin berpakaian serba pink.

Perjalana pagi itu sgt mudah. Berdoa doa semua ahli keluarga, kami sampai di perkarangan rumah pengantin agak awal, jam 9.15 pagi. Tak kisahlah sampai awal. X apa kalo menanti Qadhi smp, jangan Qadhi yg menanti kita. Abag & emak nampak gembira utk menyambut menantu bongsu perempuan. Kata emak, dlm istikharahnya, ini adalah yg terbaik utk abg. Emak sgt yakin dgn istikharahnya, dan gerak hatinya. Namun saya sangat pasti, emak dan abah x putus2 mendoakan kebaikan dan berkat jodoh ini utk abg. Ini adalah permulaan hidup yg baru buat abg setelah dia melalui hidup yg sgt sukar. Berkat doa semua, sokongan semua, kini abg mampu membina bahagianya sendiri. Itu merupakan satu rahmat, satu hadiah yg kami sekeluarga sgt2 syukuri.




Dan ini hantaran yg kami bawa utk hadih pengantin perempuan.



Saya juga x terlepas untuk bergambar bersama pengantin.



Pengantin nampak berpeluh....keh..keh... bukan dia saja yg nervous, saya pun....!! Menggigil kepala lutut rasanya.



Usai pernikahan...



Alhamdulillah.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Selamat Pengantin Baru Abg... 1

Ha..saya baru masuk bekerja hari ini setelah 2 hari bercuti minggu lepas dan sambung cuti sabtu ahad. Ini adalah kerana persiapan terakhir menjelang majlis pernikahan dan persandingan abg kesayangan saya & juga merupakan puterasa bongsu mak & abah.

Khamis 14 Jul 2011.
Seawal pagi lagis aya sudah bangun pagi & bergegas ke Sg Besi. Janji nya pagi ini saya akan mengambil "bakal pengantin" dan terus ke Nilai utk majlis doa selamat & arwah yg dijadualkan akan berlangsung malam ini. Jam 9 saya sampai di Sg Besi dan ambil abg, kami menuju ke Nilai. Sampai Nilai, singgah bank utk keluarkan sejumlah duit utk mas kahwin. RM8000.

Lebih kurang jam 11 sampai ke rumah Abg Ngah. Mak & Kak Na dah siap kupas segala bawang dan bahan2 utk masak petang nanti. So disebabkan kurangnay kaki tangan (kak long org kuat x dpt dtg) so pengantin kami kerah buat kerja :)




Pengantin sedang sibuk potong kentang. Mak nak buat sayur campur ngan tempe. Abg saya ni memang sgt rajin tolong kerja rumah. So ini sebahagian dr kerja2 yg biasa di lakukannya, bukan utk time kenduri sahaja, tp utk watu2 lain juga.

Bukan itu sahaja, dia juga yg memasang telo di bunga paha. Hahaa...bukan senang nak tgk pengantin pasang bunga telor sendiri. Kalo perempuan tu memang biasa lah kita dengar, tp kalo lelaki...rasa2 anda pernah dengar tak pengantin lelaki pasang telor dan cucuk bunga telor di paha? Tapi abg saya lakukannya sendiri. Sebab, kami sgt2 kekurangan kaki tangan.

Malam itu selepas Isyak, kami sekeluarga  mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat beserta kenduri arwah atok, opah, makcik Yom, Pakcik zakarian, Aneesa & Aqeelah. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 mlm. Malam tu pengantin jugak yg kene basuh periuk belanga di bantu suami saya. Haaa..saya sudah patah pinggag, tapi satu benda lagi x selesai...berinai..



Inilah hasil dr titipan inai di jari bakal penganti. Pengantin tido malam tu jam 2 pagi. Jaga inai takut kene bantal. Hahahah..

Wednesday, July 13, 2011

Si kembar saya....Aminul Hafiz dan Aminul Harith

Mereka berdua ini lahir sebulan selepas Zara Aneesa lahir. Tahun yang sama. Jadi tumbesaran yg berlaku terhadap mereka berdua ini adalah sama dengan tumbesaran Aneesa. Sekarang dah bertatih utk berjalan. Dan dalam ingatan saya, berkemungkinan juga "disana" Aneesa juga begini. Bertatih2 dengan bidadari yg sgt mengasihi dirinya. Opsss...terlebih imaginasi ...Maafkan saya (Rindu Aneesa).


Saya pulang kekampung minggu lepas. Dan kebiasaannya akak akan juga pulang ke kampung utk makan tengahhari bersama2 saya. So best part nya, si kembar ini akan saya capai dulu ketika mereka sampai di rumah emak. Hafiz & Harith yg sangat comel. Dengan keletah2 terbaru yg sgt comel. Baru 7 bulan lebih, Hafiz & Harith sudah ingin bangun & berdiri. Mencari port2 yg selesa utk berlajar bediri. Kadangakala saja saya dirikan utk mereka rasa self confidence.

Dulu ingat lagi, selama saya dalam pantang, akak bersalinkan si kembar ini. Jadi disebabkan saya tiada anak, saya ambil kesempatan menjaga si kembar terutamanya si Hafiz. Tidur malam pun dgn si Hafiz sebab si Harith waktu tu byk "songeh". Hafiz waktu itu sgt baik. Alhamdulillah, Allah beri saya luangkan masa yg banyak dlm waktu berpantang itu utk menjaga mereka ini.

Ingat lagi, ketika hampir hujung masa berpantang dan ingin mula bekerja, saya menangis meninggalkan mereka. Rasa rindu yg amat sgt. Merekalah cinta hati saya, gantian dari kehilangan Zara Aneesa. Namun saya harus pergi tunaikan tanggungjawab saya utk bekerja. Rindu tetap rindu. Bila ada waktu hujung minggu, saya akan pulang ke kampung ziarah mereka.

Monday, July 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 2.

Alahdmulillah dan sujud syukur saya ke hadrat Illahi atas kurniaannya dan kesempatan kami suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 2. Terlalu byk ujian yg mendatang dalam masa 2 tahun ini yg mengajar kami utk terus sabar & terus bersama. Dan selama 2 tahun ini, hadiah paling indah & bermakna dalam hidup saya adalah lahirnya arwah Zara Aneesa dlm hidup kami. Walaupun kini dia telah tiada, namun dia tetap "hidup" utk kami berdua.

UtkMu Ya Allah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan utk Mu. Terima kasih Ya Allah atas kesempatan2 ini. Rahmat & berkati rumahtangga kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

Utk suami tersayang, you are such a very great husband. Terima kasih kerana melengkapkan hidup saya sbg seorang isteri & suami. Mohon redha atas saya dunia dan akhirat. Terima kasih atas segalanya. Moga Allah lindungimu selalu.

Dan ini hadiah dari suami bersempena ulang tahun perkahwinan kami. Saya jenis x berapa pakai sgt barang kemas, tapi balik dr shopping barang kenduri saya dan suami singgah ke kedai emas di satu shopping mall. Ha, ni lah hasil dr persinggahan kami.




Friday, July 8, 2011

Kesibukan...

Saya masih lagi sibuk dgn kerja2 office. Kesibukan tersebut membuatkan saya tidak sempat update utk isi2 penting kursus jenazah yg saya sertai bersama Ayu di Nilai selama 3 minggu. Modul & praktikal yg sgt menarik & difahami. Doakan saya diberi kelapangan untuk berkongsinya dengan teman2. Insyaalah.

Utk Julai, bulan ini merupakan bulan yg juga penuh dgn aktiviti. Pertamanya, abg saya akan mendirikan rumahtangga. Keputusannya untuk mendirikan rumahtangga sgt2 menggembirakan kami. Alhamdulillah, bertemu jodoh dgn seorang yg sgt baik dan solehah. Majlis pernikahannya akan berlangsung di Semenyih pada 15 Julai 2011. Malam sebelum pernikahan itu juga, keluarga saya akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran & arwah utk Zara Aneesa dan Aqeelah. Mohon doa agar majlis tersebut berjalan lancar.

Majlis di kampung saya akan berlangsung selepas hari raya. Di sebabkan kesuntukan masa, menanti adik yg tinggal di sarawah dan Australia utk plan balik ke kg, jadinya di tunda sehingga selepas raya. Doakan majlis tersebut berjalan lancar.

Untuk Julai ini juga rasanya, saya sibuk dgn persiapan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, persiapan raya juga telah saya lakukan seawal yg mungkin kerana tidak mahu menggung saya utk beribadah di karnival Ramadhan. Bulan tarbiyah yg sesungguhnya pentarbiyahan itu patut diterus tak kira apa bulan sekalipun. Doakan moga hati2 kita ini terbuka utk sama2 mengejar rahmat & barakah Allah SWT.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).