Monday, July 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 2

Jumaat 15 Jul 2011

Awal pagi lagi kami dah bergegas bersiap. Janjinya pagi ini majlis pernikahan akan berlangsung jam 10 pagi. Kami perlu bergerak dari rumah Abg Ngah jam 9 paling lewat. Pagi ini bakal pengantin berpakaian serba pink.

Perjalana pagi itu sgt mudah. Berdoa doa semua ahli keluarga, kami sampai di perkarangan rumah pengantin agak awal, jam 9.15 pagi. Tak kisahlah sampai awal. X apa kalo menanti Qadhi smp, jangan Qadhi yg menanti kita. Abag & emak nampak gembira utk menyambut menantu bongsu perempuan. Kata emak, dlm istikharahnya, ini adalah yg terbaik utk abg. Emak sgt yakin dgn istikharahnya, dan gerak hatinya. Namun saya sangat pasti, emak dan abah x putus2 mendoakan kebaikan dan berkat jodoh ini utk abg. Ini adalah permulaan hidup yg baru buat abg setelah dia melalui hidup yg sgt sukar. Berkat doa semua, sokongan semua, kini abg mampu membina bahagianya sendiri. Itu merupakan satu rahmat, satu hadiah yg kami sekeluarga sgt2 syukuri.




Dan ini hantaran yg kami bawa utk hadih pengantin perempuan.



Saya juga x terlepas untuk bergambar bersama pengantin.



Pengantin nampak berpeluh....keh..keh... bukan dia saja yg nervous, saya pun....!! Menggigil kepala lutut rasanya.



Usai pernikahan...



Alhamdulillah.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

No comments:

Post a Comment