Ha..saya baru masuk bekerja hari ini setelah 2 hari bercuti minggu lepas dan sambung cuti sabtu ahad. Ini adalah kerana persiapan terakhir menjelang majlis pernikahan dan persandingan abg kesayangan saya & juga merupakan puterasa bongsu mak & abah.
Khamis 14 Jul 2011.
Seawal pagi lagis aya sudah bangun pagi & bergegas ke Sg Besi. Janji nya pagi ini saya akan mengambil "bakal pengantin" dan terus ke Nilai utk majlis doa selamat & arwah yg dijadualkan akan berlangsung malam ini. Jam 9 saya sampai di Sg Besi dan ambil abg, kami menuju ke Nilai. Sampai Nilai, singgah bank utk keluarkan sejumlah duit utk mas kahwin. RM8000.
Lebih kurang jam 11 sampai ke rumah Abg Ngah. Mak & Kak Na dah siap kupas segala bawang dan bahan2 utk masak petang nanti. So disebabkan kurangnay kaki tangan (kak long org kuat x dpt dtg) so pengantin kami kerah buat kerja :)
Pengantin sedang sibuk potong kentang. Mak nak buat sayur campur ngan tempe. Abg saya ni memang sgt rajin tolong kerja rumah. So ini sebahagian dr kerja2 yg biasa di lakukannya, bukan utk time kenduri sahaja, tp utk watu2 lain juga.
Bukan itu sahaja, dia juga yg memasang telo di bunga paha. Hahaa...bukan senang nak tgk pengantin pasang bunga telor sendiri. Kalo perempuan tu memang biasa lah kita dengar, tp kalo lelaki...rasa2 anda pernah dengar tak pengantin lelaki pasang telor dan cucuk bunga telor di paha? Tapi abg saya lakukannya sendiri. Sebab, kami sgt2 kekurangan kaki tangan.
Malam itu selepas Isyak, kami sekeluarga mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat beserta kenduri arwah atok, opah, makcik Yom, Pakcik zakarian, Aneesa & Aqeelah. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 mlm. Malam tu pengantin jugak yg kene basuh periuk belanga di bantu suami saya. Haaa..saya sudah patah pinggag, tapi satu benda lagi x selesai...berinai..
Inilah hasil dr titipan inai di jari bakal penganti. Pengantin tido malam tu jam 2 pagi. Jaga inai takut kene bantal. Hahahah..
No comments:
Post a Comment