Monday, August 22, 2011

Kain Kafan Anakku..

Berbuka puasa di kampung minggu lalu. Mcm biasa, emak masak makanan kegemaran anak2nya. Sebelum berbuka puasa, saya dn emak sibuk mereka cipta pelamin abg ep ...mana taknya, last minute booking pelamin, mana nak dapat..so emak & saya sbg designer terjun mereka cipta pelamin yg tema warna..biru..

Sesambil mereka, emak keluar dari bilik membawa sebundut kain. kain yg emak simpan dlm almari utk kegunaan masa depan termausk lebih kain perca. Sambil2 emak membuka bungkusan, emak hulurkan kepada saya kain putih 2 helai..satu kain kafan, satu lagi kain balut Aneesa di hospital setelah disahkan meninggal dunia.

Terkedu saya ketika saya mengambut huluran kain kafam tersebut..luluh hati saya kerana inilah pakaian terakhir anak saya 10 bulan yg lalu. Saya menangis dlm hati, saya cuba tahan walaupun bergenang juga airmata. Namun saya cuba tahan dari terus menangis...Emak kata,s impanlah buat kenangan..Kain itu emak simpan kerana x mahu saya sedih. Hari itu, emak telah pulangkan kain (pakaian akhir) Zara Aneesa kepada saya, setelah mungkin emak fikir, saya kini semakin pulih..

Suami yg ketika itu duduk di tepi juga terdiam tatkala mak menghulurkan...Hanya mereka yg pernah melaluinya, pasti faham aya yg ada di dalam hati saya & suami. Saya bawa pulang dua helai kawin tersebut dan simpan baik2 di dalam almari yg saya beli utk menyimpan segala barang Aneesa. Dalam simpanan saya, masih ada lampinnya, masih ada balnketnya, masih ada baju yg x sempat di pakai pd malam kelahiran, masih ada tuala..saya masih meyimpannya, dan selebihnya saya hadiahkan pd anak adik (anak saudara) dan si kembar.

Petang tersebut itu juga, saya dan suami menziarahi kubur anakanda tercinta kami, bertadarus di kuburan serta bersedekah pahala bacaan kepada penghuni disitu. Saya akan kembali menziarahi puteri tercinta saya di hari raya kedua kerana saya menyambut hari raya di kampung suami tahun ini.

Saya masih berdoa, moga Allah kuatkan hati saya utk terus sabar menahan kerinduan yg membeku dlm jiwa. Saya yakin & sgt pasti, Allah akan memberikan pahala & juga ganti yg jauh lebih baik dr apa yg Allah beri sebelum ini. Ameen.

Thursday, August 18, 2011

Anak-anak masa kini...

Semalam saya pulang ke kampung untuk bersama berbuka puasa. Kebetulan adik bongsu kesayangan saya yg tinggal di Australia pulang untuk memperbaharui passport yg bakal tamat tempoh. Adik yg kini juga mengandungkan anak pertamanya cukup mengidam masakan2 mak...dari ayam masak merah, telur masak merah, kuewtiau mak, laksa mak, cendol mak...ahahaha...katanya nak makan sampai muntah, sbb setahun akan dtg lagi baru pulang balik ke Malaysia. Sepanjang setahun akan dtg, dia pasti akan merindui masakan2 mak, akak & saya...

Kebiasaannya sekemablinya akak, saya, adik & yg lain, kami biasa akan borak2 dengan mak ..dan topik hangat semalam berkenaan mendidik anak2. Kata emak, dalam kuliah agama yg dihadirinya, ustaz ada bercerita satu kisah yg sepasang suami isteri punya 12 orang anak yg sgt berjaya. Ada yg engineer, ada arkitek, ada cikgu, ada macam2. Namun sekarang, x ada seorang pun yang menjaga kedua ibu mereka yg sedang hidup dlm kesusahan.

Kata emak, kita cukup berbangga kalau anak kita sekolah di asrama penuh, cukup bangga dgn kejayaan akademik yg mungkin anak org lain x boleh capai, kita bangga anak kita periksa no 1 walaupun duduk kelas hujung..semua itu menjadi kebanggaan kita, tapi pernah tak kita terfikir, selain mendidik anak2 untuk berjaya jadi lawyer, jadi arkitek, engineer..pernah tak kita terfikir untuk membimbing sahsiah anak2 utk jadi anak yg ingat mak ayah satu masa nanti, anak2 yg selalu kita doakan jadi anak soleh dan solehah? Huh..kerana tidak ada penerapan dlm membimbing anak2 dlm bab sahsiah diri, peribadi, anak2 masa kini lupakan ibu dan ayah..Nauzubillah..

Ada satu kisah yg kakak ipar saya ceritakan, ada satu anak boleh tinggalkan ibunya di tepi jalan, terkontang kanting tanpa tujuan. Kasihan bukan? Saya selalu berdoa pd Allah, semoga saya jadi anak yg baik, solehah utk ibu bapa saya. Jauhkan segala ujian yg boleh membuatkan saya dehaka kepada ibu bapa..Nauzubillah..

Kata mak lagi, untung sapa x ada anak...nanti kat akhirat, x kena hisab atas hak anak2 yg tidak di penuhi. Betul...sbb saya pernah terbaca satu artikel yg bercerita ttg hak anak2 & ibu bapa. Kita x akan terlepas sedikit pun sekiranya hak2 yg patut ditunaikan dulu, tidak ditunaikan dgn baik. Di akhirat nanti anak2 akan menuntut hak2 mereka di hadapan Allah...

Saya berdoa, saya serta adik beradik, teman2 semua, tidak tergolong dlm golongan mereka2 yg rugi di hari kemudian.

Wallahualam..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Tuesday, August 2, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan...Marhaban Ya Ramadhan...
Seluruh umat Islam, menyambut 1 Ramadhan semalam. Hari ini hari ke 2 Ramadhan dan malam yg ke 3. Alhamdulillah, Ramadhan di sambut dgn penuh rasa bertuah, rasa gembira kerana bulan berkat ini, bulan penuh dgn keberkatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka.

Saya sangat bertuah, kerana saya & suami masih lagi bernyawa dan masih lagi berpeluang menyambut & menjalani ibadah puasa tahun ini. Allah masih lagi memberikan kami peluang utk menambah amal & memohon keampunan utk dosa yg lalu. Syukur dan terima kasih ya Allah.

Tahun ini juga, saya bertekad, Ramadhan tahun ini utk saya menghabiskan bacaan Al-Quran yg tidak kesampaian tahun lalu. Harap2, saya bersemangat smp ke akhir Ramadhan.

Untuk suami dan teman2, selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal.