Monday, August 22, 2011

Kain Kafan Anakku..

Berbuka puasa di kampung minggu lalu. Mcm biasa, emak masak makanan kegemaran anak2nya. Sebelum berbuka puasa, saya dn emak sibuk mereka cipta pelamin abg ep ...mana taknya, last minute booking pelamin, mana nak dapat..so emak & saya sbg designer terjun mereka cipta pelamin yg tema warna..biru..

Sesambil mereka, emak keluar dari bilik membawa sebundut kain. kain yg emak simpan dlm almari utk kegunaan masa depan termausk lebih kain perca. Sambil2 emak membuka bungkusan, emak hulurkan kepada saya kain putih 2 helai..satu kain kafan, satu lagi kain balut Aneesa di hospital setelah disahkan meninggal dunia.

Terkedu saya ketika saya mengambut huluran kain kafam tersebut..luluh hati saya kerana inilah pakaian terakhir anak saya 10 bulan yg lalu. Saya menangis dlm hati, saya cuba tahan walaupun bergenang juga airmata. Namun saya cuba tahan dari terus menangis...Emak kata,s impanlah buat kenangan..Kain itu emak simpan kerana x mahu saya sedih. Hari itu, emak telah pulangkan kain (pakaian akhir) Zara Aneesa kepada saya, setelah mungkin emak fikir, saya kini semakin pulih..

Suami yg ketika itu duduk di tepi juga terdiam tatkala mak menghulurkan...Hanya mereka yg pernah melaluinya, pasti faham aya yg ada di dalam hati saya & suami. Saya bawa pulang dua helai kawin tersebut dan simpan baik2 di dalam almari yg saya beli utk menyimpan segala barang Aneesa. Dalam simpanan saya, masih ada lampinnya, masih ada balnketnya, masih ada baju yg x sempat di pakai pd malam kelahiran, masih ada tuala..saya masih meyimpannya, dan selebihnya saya hadiahkan pd anak adik (anak saudara) dan si kembar.

Petang tersebut itu juga, saya dan suami menziarahi kubur anakanda tercinta kami, bertadarus di kuburan serta bersedekah pahala bacaan kepada penghuni disitu. Saya akan kembali menziarahi puteri tercinta saya di hari raya kedua kerana saya menyambut hari raya di kampung suami tahun ini.

Saya masih berdoa, moga Allah kuatkan hati saya utk terus sabar menahan kerinduan yg membeku dlm jiwa. Saya yakin & sgt pasti, Allah akan memberikan pahala & juga ganti yg jauh lebih baik dr apa yg Allah beri sebelum ini. Ameen.

3 comments:

  1. sama la ngan akak..sampai skrg pun masih menitik air mata bila teringatkan arwah..sambil2 drive nak gi keja pun boleh bergenang air mata..bc entry ni pun menitik2 air mata..hanya org yg melaluinya saja yg rasa bagaimana sedih tu. raya ni pun akak tak rasa nak raya..semua kegembiraan hilang bersama kenangan dgn arwah..

    ReplyDelete
  2. no other words i can say..akak sabar yer, Allah syg kita, tu sbb Allah bagi kita ujian & nak limpahkan pahala utk kita. sama mcm saya, airmata x pernah kering akibat rindu yg teramat sgt. mohon doa akak utk saya juga. salam sayang...

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak...Al-fatihah..

    ReplyDelete