Tuesday, April 19, 2011

April Bulan Ujian

Saya borak2 dengan Ayu 2 malam lepas mengatakan yg bulan April ini bulan ujian. Mana taknya, saya demam yg sangat teruk, keduanya, teman rapat saya putus cinta, CT yg keguguran, mak mertua CT yg sakit, mak Kak Ju pun sakit, yang perlukan rawatan intensif serta penjagaan akibat batu karang, tak lama lepas tu ayah Ayu pulak sakit sebab yang sama. Hem...so melihat akan org sekeliling diuji, saya melabelkan April adalah Bulan Ujian.

Tak cukup dengan itu, balik melihat mak Kak Ju di hospital hujung minggu lalu, sebaik melangkah keluar dari wad 5B, saya dan teman terserempak dengan seorang makcik yg tiba2 menyapa saya. Saya dan teman berhenti seketika utk berbual walaupun sebenarnya kami agak rushing balik sementalah masuk waktu solat Maghrib. Untuk tidak mengecilkan hati, kami berborak mesra. Kisahnya makcik ini menjaga pakcik yg sakit akibat kanser prostat yg di alaminya selama 12 tahun yg lalu. Keluhnya dlm cerita beliau, sudah habis duit utk berubat dan tambang utk ke hospital, ulang alik.

Bergenang airmata saya (yg berjaya saya kawal) apabila kenangkan 12 tahun makcik & pakcik ini di uji, dari segi kesakitan, wang ringgit, kesabaran, dan sebagainya yg tak dapat saya gambarkan betapa byk pahala yg pakcik & makcik dapat kisan dari ujian ini.

Masih terngiang & terbayang di mata saya yg last word makck tu pada saya dan teman, "kenang daku dlm doamu" ..sangat menyentuh hati saya yg pastinya, akan saya titipkan doa utk mereka berdua agar lebih kuar, sabar akan ujian yg Allah turunkan. Amin.

Tuesday, April 12, 2011

"Haiwan Pun Sayang Anak..."

Weekend baru ni saya balik ke kg. Suami baru balik dr memancing minggu lepas dan bawak sedikit ikan sungai utk abah rasa. FYI, saya tidaklah suka sgt suami saya memancing. Masuk hutan 2-3 malam, tinggalkan saya, x ada network phone coverage, tapi disebabkan suami saya sgt suka akan memancing, yg merupakan hobi sejak kecil, so saya accept, walaupun saya merungut jugak dlm hati. Jumaat lepas Maghrib, kami bertolak pulang ke Trolak, kg halaman saya.

Sabtu itu menu ikan bakar..cicah dengan sambal kicap..huh..perghh..boleh tahan, tapi sebab ikan byk tulang, saya yg x suka ikan byk tulang x ada pilihan lain & makan dgn sungguh berhati2. Takut tercekik, nanti nasib kurang baik, ke hospital pulak...huuhuhu..x nak saya..

Petang itu pulak selepas Asar, sambil makan2 buah segar dari laman - rambutan, mak ckp, anak kucing yg ibu kucing dtg tu dah besar, tp agak liar. Berkemungkinan usia anak kucing tu pun dlm 2 bulan gitu. So apa lagi, tgk anak kucing yg sgt comel, main2 celah dapur kayu emak, lepastu main lari2, main kejar2 ngan ibunya..Saya dan suami pun bertekad nak tangkap anak kucing tu.

Masa suami saya kejar dia, dia masih menyorok di celah kayu2 api mak saya, so saya tunggu di depan, suami saya dari belakang. So dalam ketakutan anak kucing tu berjaya jugak saya tangkap...Heh, pro jugak saya tangkap kucing liar... :)

Menanti suami saya keluar dari semak belakang dapur kayu dan ambil anak kucing tersebut dari tangan saya, ibu kucing dah bising2 sbb semacam anaknya dlm bahaya. Anak kucing yg di tangan saya menggelupur mintak tolong...menjerit2 mintak tolong sambil melihat ibunya yg melihat dari jauh, tiba2 ibunya bergerak kearah suami yg ketika itu sdg berusaha memindahkan anak kucing yg kelihatan agak garang dari tangan saya ke tangannya. Entah mcm mana ibunya menyerang suami saya, dan masa yang sama, anak kucing tu sempat jugak gigit jari manis saya. Huh, bengkak jari saya akibat kene gigit. Kesan gigitan yg amat sgt membuatkan saya terlepas anak kucing tersebut...dan ibunya bawa lari.

Yg lawaknya, suami melompat ketika ibu kucing nak stunt selamatkan anaknya. Saya pulak kesakitan sbb gigitan kucing sgt berbisa. Huh, bengkak jugaklah jari saya, dan sampai ke hari ini masih sakit..

Emak yg menonton kejadian tu dari jauh cakap "Tengok, haiwan pun sayang anaknya...tp ada juga manusia yg x sayang anak" ...huh..benar apa yg mak ckp..selalu org ckp haiwan x ada akal, tapi apa yg mendorong haiwan itu sayang anak? Adakah naluri keibuan? Tetapi mana2 haiwan pun sgt sayang dgn anak. Tapi manusia simply buang anak. Itu teladan yg boleh saya ambil dr kejadian anak kucing yg saya ceritakan.

Cerita pasal buang anak, selalu saya sebut dgn kawan2 kalo ada kes buang anak, haiii...alangkah bagusnya derang tu buang baby tu depan pagar rumah saya..boleh jugak jadi teman saya dirumah..Hmm..tapi "mereka" lebih suka membuang anak2 kecil yg tak berdosa di tempat2 sampah, di dlm tong sampah, dalam toilet...sedih sekali smp dihurung semut, di makan anjing...argghhh..mereka x bersalah...jgn lakukan bayi2 kecil itu sedemikian...



Thursday, April 7, 2011

Bila Allah Uji...

Pernahkah anda terfikir yg ujian yg Allah turunkan ini adalah kecil berbanding ujian yg menimpa org lain? Itulah antara cara saya mendidik hati saya utk lebih terbuka menerima ujian2 yg mendatang. Kerana ujian yg Allah turunkan ini sgt kecil, org lain Allah duga dgn ujian & dugaan seumur hidup, kesakitan, kesengsaraan, kemiskinan..seumur hidup..jadi bersyukurlah akan ujian yg kecil & x seberapa ini..

Pagi isnin, saya mendapat berita yg teman rapat saya keguguran anak ke 2. SMSnya masuk ketika saya di dalam meeting penting pagi itu. Namun menitik jugak airmata saya ketika menbaca sms nya...Dlm hati saya, "tabahkan hatinya Ya Allah, redhakan dia menghadapi ujian ini"...Pada masa yg sama, ibu mertuanya juga sedang sgt uzur, yg memerlukan perhatian sahabat saya itu, ditambah pula adik ipar perempuannya juga ingan melangsung walimatul urus bulan 5 ini. Segala persiapan dan segala macam hal adalah di atas tanggungjawab sahabat saya & suami. Mungkin kerana terlalu penat, tidak cukup rehat, kandungan bisa gugur.

Kesedihan keguguran & kematian selepas bersalin bagi saya sama. Mungkin bentuk saja berbeza, tapi menghadapinya memerlukan satu ketabahan, satu tahap sabar yg sebenar. Pasti Allah akan gantikan yg lebih baik, dan ada hikmah yg besar di luar pengetahuan kita.



Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." (Al-Baqarah 286)

Tuesday, April 5, 2011

Zara Aneesa sedang bermain2 ngan kakak Aqilah di syurga.....

Itulah yg kakak saya ajarkan kepada Najwa petang ahad baru2 ini.

Asalnya, saya bermain2 dengan si kembar kakak saya, sedang saya bermain, saya katakan saya nak bawa pulang si kembar bersama saya..Namun Najwa amat membangkang..huh..kakak mana x sayang adik, betul tak? Lepas tu Najwa ckp "anak angah kan ada..."..

Mamanya menyambut....Baby Zara sedang bermain2 ngan Kakak Aqilah..." ...Aqilah adalah anak pertama kakak saya yg meninggal 13 tahun lalu akibat tidak cukup bulan, dan air ketuban yg keluar ketika usia kandungan 7 bulan lebih...akhirnya anak kecil itu di panggil Illahi setelah 3 jam lahir kedunia.

Najwa mungkin tidak faham apa yg sedang berlaku..tidak faham akan kematian...

Minggu lalu juga saya ada termimpikan Nur Zara Aneesa. Seakan dia semakin membesar. Sgt comel. Bangun dari tidur, saya amat bersyukur kerana saya melihat anak saya semakin membesar, semakin comel dan saya sgt pasti di syurga sana, ramai bidadari yg amat sayang & menjaganya dgn baik. Alhamdulillah Ya Allah...

Cuma ada kala saya menangis sendirian, rindukan anak saya ...yg sempat saya tatap hanya utk 3 hari...yg sempat saya pangkunya..Walaupun ketika saya memangku Zara Aneesa yg sedang koma, saya dapat rasakan, lengkap sudah diri saya sbg seorang wanita...Saya kini ibu.. Alhamdulillah..kadangkala menangis ketika menyanyikan zikir pagi utknya...teringat lagi, ketika memandu utk ke tempat kerja ketika mengandung dulu, zikir pagi tu sentiasa kami berdua nanyikan bersama..Allahhu Akbar.. Beratnya ujian ini Ya Allah....