Tuesday, June 21, 2011

Musibah & Ujian Kematian

Awal subuh hari ahad lalu, saya menerima satu sms dari teman rapat seoffice yg memberitahu subuh itu ibunya tercinta pergi menghadap Illahi.

Sangat2 terkejut dengan berita itu, saya terus mendail no Kak Ju, ingin mendapat kesahihan. Sekejap saja telefon berdering, saya terdengar, suara tangisan di hujung talian..bergetar hati saya. Airmata mengalir deras mengingati yg saya pernah menghadapi pemergian anak tersayang. Sedihnya sama..sangat sayu. Allah, tabahkan hati insan ini Ya Allah. Ibu yg sebelum ini agak sihat selepas keluar dari hospital bulan Mei lepas, kini rohnya telah kembali kepada Pencipta.

Untuk Kak Ju sekeluarga, redhalah atas ujian ini, dan setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Moga mudah perjalanan kembalinya hamba kepada Pencipta dan moga Allah tempatkan roh mak bersalah para solehah. Ameen.

No comments:

Post a Comment