Monday, September 19, 2011

"God bless you" ..

Itulah kata2 dari seorang yg saya bantu baru2 ini. Hari Sabtu lalu, tempat kerja saya mengadakan hari keluarga di Sunway Lagoon. Setiap dua tahun, hari keluarga untuk pekerja dan keluarga dijemput memeriahkan sambutan untuk 2011. Saya dan suami ikut serta dalam progrma tersebut, tak lupa juga rakan sekerja, dik Suzi, dik Syikin & Kak Ju. Kami sama2 meredah wet park, dry park yg terdiri scream park and extreme park. Acara yg bermula seawal jam 9 pagi itu berakhir jam 5 petang.

Sebelum berakhir pd hari tersebut, saya yg baru habis terjun "flying fox" terus ke tandas untuk membetulkan seluar & membasuh sedikit kaki seluar yg basah akibat meredah air setinggi buku lalu setelah terjunan "flying fox" mendarat di gigi air.

Usai membasuh kaki seluar, membasuh muka...tepi saya ada satu benda yg saya nampak "agak penting" ..saya terjumpa beg duit wanita ..yg bukan saja "agak penting" namun "sangat penting". Saya terkaku seketika menanti kot2 ada insan yg mungkin "berpatah balik" setelah menyedari dia kehilangan sesuatu. Namun penantian saya selama agak 10min itu tidak berhasil.

saya keluar dari toilet dengan satu perasaan hampa & gelabah. Saya menuju ke arah Suzi & Syikin yg pada ketika itu sedang menanti Kak Ju yg 2nd time masuk rumah hantu ...hehehe (Boleh tahan berani sbb 1st time masuk K.Ju peluk saya x lepas..keke). Saya suakan beg duit itu pd Suzi & Syikin sambil explain - jumpa dlm toilet. Kami sama2 buka & mencari details. Ada ic, lesen, 2 keping kredit card, membership card dan resit. Saya buka resit dan mencari kalau2 ada no telefon si pemilik dompet ini. Ya..ada...saya terus call.

Mula2 saya bercakap, saya agak tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Nama si pemilik Lua Wei Yi. Gadis Cina dari Benut Johor. Katanya, dia memang tertinggal dompet duit tersebut dlm toilet, namun setelah berpatah balik. Namun hampa sebab dompet tersebut sudah hilang. Dia sekarang sudah dlm perjalanan pulang ke Benut. saya berjanji akan memulangkan dompet tersebut padanya yg akan di alamatkan ke alamat yg ada di ic. Dia setuju & katanya lagi, ambil duit dlm beg duit untuk urusan pengeposan. terkejut dengan kenyataannya, saya jawab tiada sesen dlm dompet tersebut. Yg saya pasti ianya telah "dirembat" terlebih dahulu sebelum saya menjumpai dompet tersebut.

Saya katakan, yg ic & lesen lebih penting. Jadi saya akan pulangkan apa yg ada pd saya. Apa yg hilang dlm dompet tersebut tidak saya ketahui, cuma saya ingin dia lihat sendiri apa yg ada & hilang setibanya bungkusan saya nanti di Benut. Dia setuju.

Katanya dia sgt menghargai apa yg saya lakukan. Dan apa yg saya lakukan di pandu oleh rasa simpati, rasa ihsan sesama manusia. Islam sentiasa ajar kita, penganutnya utk rasa ihsan atas insan yg memerlukan. Jadi saya lakukan apa yg saya mampu. Dia mendoakan agar apa yg saya lakukan ini beroleh pahala & Tuhan (Allah) sentiasa melindungi saya. Dalam hati saya, saya tidak mengharapkan apa2 balasan. Cuma hanya membantu. Urusan pahala adalah urusan Allah. "God Bless U"...

Saya berazam untuk terus berbuat bik & amal kepada sesama manusia & pd agama. Mcm ustaz dlm siaran "Tanyalah Ustaz" pagi td dlm siri "Muflis Akhirat" kita perlu sentiasa berbuat kebajikan supaya kita tidak muflis disana. Wallahualam.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Saya dah suami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin" kepada semua teman2, blogger yang singgah disini.

Raya tahun ini tanpa anakanda tercinta, perasaan saya & suami bercampur baur...Hari raya pertama disambut di Melaka, kampung halaman suami, hati saya meronta2 ingin cepat pulang ke Perak menziarahi pusara anakanda kami. Raya kedua kami balik ke Perak, tiba di kampung waktu tengahhari...selepas usai solat Zuhur, kami berdua ke pusara Zara Aneesa.

Setiba di pusara, tiada kata yg mampu saya lafazkan, hanya bacaan Yaasin dan tangisan berselang seli. Memandang pusara yg sepi menghibakan hati saya. Ampun kan saya Ya Allah, saya menangis lagi..Bukan saya tidak redha, tapi saya hanya menzahirkan kesedihan yg terbuku dihati. Maafkan saya Ya Allah.

Selamat Hari Raya untuk semua...


Monday, August 22, 2011

Kain Kafan Anakku..

Berbuka puasa di kampung minggu lalu. Mcm biasa, emak masak makanan kegemaran anak2nya. Sebelum berbuka puasa, saya dn emak sibuk mereka cipta pelamin abg ep ...mana taknya, last minute booking pelamin, mana nak dapat..so emak & saya sbg designer terjun mereka cipta pelamin yg tema warna..biru..

Sesambil mereka, emak keluar dari bilik membawa sebundut kain. kain yg emak simpan dlm almari utk kegunaan masa depan termausk lebih kain perca. Sambil2 emak membuka bungkusan, emak hulurkan kepada saya kain putih 2 helai..satu kain kafan, satu lagi kain balut Aneesa di hospital setelah disahkan meninggal dunia.

Terkedu saya ketika saya mengambut huluran kain kafam tersebut..luluh hati saya kerana inilah pakaian terakhir anak saya 10 bulan yg lalu. Saya menangis dlm hati, saya cuba tahan walaupun bergenang juga airmata. Namun saya cuba tahan dari terus menangis...Emak kata,s impanlah buat kenangan..Kain itu emak simpan kerana x mahu saya sedih. Hari itu, emak telah pulangkan kain (pakaian akhir) Zara Aneesa kepada saya, setelah mungkin emak fikir, saya kini semakin pulih..

Suami yg ketika itu duduk di tepi juga terdiam tatkala mak menghulurkan...Hanya mereka yg pernah melaluinya, pasti faham aya yg ada di dalam hati saya & suami. Saya bawa pulang dua helai kawin tersebut dan simpan baik2 di dalam almari yg saya beli utk menyimpan segala barang Aneesa. Dalam simpanan saya, masih ada lampinnya, masih ada balnketnya, masih ada baju yg x sempat di pakai pd malam kelahiran, masih ada tuala..saya masih meyimpannya, dan selebihnya saya hadiahkan pd anak adik (anak saudara) dan si kembar.

Petang tersebut itu juga, saya dan suami menziarahi kubur anakanda tercinta kami, bertadarus di kuburan serta bersedekah pahala bacaan kepada penghuni disitu. Saya akan kembali menziarahi puteri tercinta saya di hari raya kedua kerana saya menyambut hari raya di kampung suami tahun ini.

Saya masih berdoa, moga Allah kuatkan hati saya utk terus sabar menahan kerinduan yg membeku dlm jiwa. Saya yakin & sgt pasti, Allah akan memberikan pahala & juga ganti yg jauh lebih baik dr apa yg Allah beri sebelum ini. Ameen.

Thursday, August 18, 2011

Anak-anak masa kini...

Semalam saya pulang ke kampung untuk bersama berbuka puasa. Kebetulan adik bongsu kesayangan saya yg tinggal di Australia pulang untuk memperbaharui passport yg bakal tamat tempoh. Adik yg kini juga mengandungkan anak pertamanya cukup mengidam masakan2 mak...dari ayam masak merah, telur masak merah, kuewtiau mak, laksa mak, cendol mak...ahahaha...katanya nak makan sampai muntah, sbb setahun akan dtg lagi baru pulang balik ke Malaysia. Sepanjang setahun akan dtg, dia pasti akan merindui masakan2 mak, akak & saya...

Kebiasaannya sekemablinya akak, saya, adik & yg lain, kami biasa akan borak2 dengan mak ..dan topik hangat semalam berkenaan mendidik anak2. Kata emak, dalam kuliah agama yg dihadirinya, ustaz ada bercerita satu kisah yg sepasang suami isteri punya 12 orang anak yg sgt berjaya. Ada yg engineer, ada arkitek, ada cikgu, ada macam2. Namun sekarang, x ada seorang pun yang menjaga kedua ibu mereka yg sedang hidup dlm kesusahan.

Kata emak, kita cukup berbangga kalau anak kita sekolah di asrama penuh, cukup bangga dgn kejayaan akademik yg mungkin anak org lain x boleh capai, kita bangga anak kita periksa no 1 walaupun duduk kelas hujung..semua itu menjadi kebanggaan kita, tapi pernah tak kita terfikir, selain mendidik anak2 untuk berjaya jadi lawyer, jadi arkitek, engineer..pernah tak kita terfikir untuk membimbing sahsiah anak2 utk jadi anak yg ingat mak ayah satu masa nanti, anak2 yg selalu kita doakan jadi anak soleh dan solehah? Huh..kerana tidak ada penerapan dlm membimbing anak2 dlm bab sahsiah diri, peribadi, anak2 masa kini lupakan ibu dan ayah..Nauzubillah..

Ada satu kisah yg kakak ipar saya ceritakan, ada satu anak boleh tinggalkan ibunya di tepi jalan, terkontang kanting tanpa tujuan. Kasihan bukan? Saya selalu berdoa pd Allah, semoga saya jadi anak yg baik, solehah utk ibu bapa saya. Jauhkan segala ujian yg boleh membuatkan saya dehaka kepada ibu bapa..Nauzubillah..

Kata mak lagi, untung sapa x ada anak...nanti kat akhirat, x kena hisab atas hak anak2 yg tidak di penuhi. Betul...sbb saya pernah terbaca satu artikel yg bercerita ttg hak anak2 & ibu bapa. Kita x akan terlepas sedikit pun sekiranya hak2 yg patut ditunaikan dulu, tidak ditunaikan dgn baik. Di akhirat nanti anak2 akan menuntut hak2 mereka di hadapan Allah...

Saya berdoa, saya serta adik beradik, teman2 semua, tidak tergolong dlm golongan mereka2 yg rugi di hari kemudian.

Wallahualam..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Tuesday, August 2, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan...Marhaban Ya Ramadhan...
Seluruh umat Islam, menyambut 1 Ramadhan semalam. Hari ini hari ke 2 Ramadhan dan malam yg ke 3. Alhamdulillah, Ramadhan di sambut dgn penuh rasa bertuah, rasa gembira kerana bulan berkat ini, bulan penuh dgn keberkatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka.

Saya sangat bertuah, kerana saya & suami masih lagi bernyawa dan masih lagi berpeluang menyambut & menjalani ibadah puasa tahun ini. Allah masih lagi memberikan kami peluang utk menambah amal & memohon keampunan utk dosa yg lalu. Syukur dan terima kasih ya Allah.

Tahun ini juga, saya bertekad, Ramadhan tahun ini utk saya menghabiskan bacaan Al-Quran yg tidak kesampaian tahun lalu. Harap2, saya bersemangat smp ke akhir Ramadhan.

Untuk suami dan teman2, selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal.

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 3

Seminggu lebih saya berhenti seketika update blog ni, saya sibuk berkursus dan baru minggu ini rasa free skit. Last entry utk Selamat Pengantin Baru Abg 3..



Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama pengantin. Separuh dari ahli keluarga ada dlm gambar ini. Acik & suami, Adik & suami, Kak Long, Abg Ngah, Abg Jepoi tidak berada di dalam gambar.

Saya suami isteri juga tumpang gembira atas pertemua jodoh mereka berdua ini. Doa kami, moga Allah memberkati rumahtangga yg dibina dunia dan akhirat. Ameen.



Sesambil tu, sempat bergambar dgn si kembar ...yg ini Amin Al Hafidz

Yang ini pulak...Amin Al Harith.....dia makan dulu sblm pengantin makan...lapar..laparr....

Monday, July 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg... 2

Jumaat 15 Jul 2011

Awal pagi lagi kami dah bergegas bersiap. Janjinya pagi ini majlis pernikahan akan berlangsung jam 10 pagi. Kami perlu bergerak dari rumah Abg Ngah jam 9 paling lewat. Pagi ini bakal pengantin berpakaian serba pink.

Perjalana pagi itu sgt mudah. Berdoa doa semua ahli keluarga, kami sampai di perkarangan rumah pengantin agak awal, jam 9.15 pagi. Tak kisahlah sampai awal. X apa kalo menanti Qadhi smp, jangan Qadhi yg menanti kita. Abag & emak nampak gembira utk menyambut menantu bongsu perempuan. Kata emak, dlm istikharahnya, ini adalah yg terbaik utk abg. Emak sgt yakin dgn istikharahnya, dan gerak hatinya. Namun saya sangat pasti, emak dan abah x putus2 mendoakan kebaikan dan berkat jodoh ini utk abg. Ini adalah permulaan hidup yg baru buat abg setelah dia melalui hidup yg sgt sukar. Berkat doa semua, sokongan semua, kini abg mampu membina bahagianya sendiri. Itu merupakan satu rahmat, satu hadiah yg kami sekeluarga sgt2 syukuri.




Dan ini hantaran yg kami bawa utk hadih pengantin perempuan.



Saya juga x terlepas untuk bergambar bersama pengantin.



Pengantin nampak berpeluh....keh..keh... bukan dia saja yg nervous, saya pun....!! Menggigil kepala lutut rasanya.



Usai pernikahan...



Alhamdulillah.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Selamat Pengantin Baru Abg... 1

Ha..saya baru masuk bekerja hari ini setelah 2 hari bercuti minggu lepas dan sambung cuti sabtu ahad. Ini adalah kerana persiapan terakhir menjelang majlis pernikahan dan persandingan abg kesayangan saya & juga merupakan puterasa bongsu mak & abah.

Khamis 14 Jul 2011.
Seawal pagi lagis aya sudah bangun pagi & bergegas ke Sg Besi. Janji nya pagi ini saya akan mengambil "bakal pengantin" dan terus ke Nilai utk majlis doa selamat & arwah yg dijadualkan akan berlangsung malam ini. Jam 9 saya sampai di Sg Besi dan ambil abg, kami menuju ke Nilai. Sampai Nilai, singgah bank utk keluarkan sejumlah duit utk mas kahwin. RM8000.

Lebih kurang jam 11 sampai ke rumah Abg Ngah. Mak & Kak Na dah siap kupas segala bawang dan bahan2 utk masak petang nanti. So disebabkan kurangnay kaki tangan (kak long org kuat x dpt dtg) so pengantin kami kerah buat kerja :)




Pengantin sedang sibuk potong kentang. Mak nak buat sayur campur ngan tempe. Abg saya ni memang sgt rajin tolong kerja rumah. So ini sebahagian dr kerja2 yg biasa di lakukannya, bukan utk time kenduri sahaja, tp utk watu2 lain juga.

Bukan itu sahaja, dia juga yg memasang telo di bunga paha. Hahaa...bukan senang nak tgk pengantin pasang bunga telor sendiri. Kalo perempuan tu memang biasa lah kita dengar, tp kalo lelaki...rasa2 anda pernah dengar tak pengantin lelaki pasang telor dan cucuk bunga telor di paha? Tapi abg saya lakukannya sendiri. Sebab, kami sgt2 kekurangan kaki tangan.

Malam itu selepas Isyak, kami sekeluarga  mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat beserta kenduri arwah atok, opah, makcik Yom, Pakcik zakarian, Aneesa & Aqeelah. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 mlm. Malam tu pengantin jugak yg kene basuh periuk belanga di bantu suami saya. Haaa..saya sudah patah pinggag, tapi satu benda lagi x selesai...berinai..



Inilah hasil dr titipan inai di jari bakal penganti. Pengantin tido malam tu jam 2 pagi. Jaga inai takut kene bantal. Hahahah..

Wednesday, July 13, 2011

Si kembar saya....Aminul Hafiz dan Aminul Harith

Mereka berdua ini lahir sebulan selepas Zara Aneesa lahir. Tahun yang sama. Jadi tumbesaran yg berlaku terhadap mereka berdua ini adalah sama dengan tumbesaran Aneesa. Sekarang dah bertatih utk berjalan. Dan dalam ingatan saya, berkemungkinan juga "disana" Aneesa juga begini. Bertatih2 dengan bidadari yg sgt mengasihi dirinya. Opsss...terlebih imaginasi ...Maafkan saya (Rindu Aneesa).


Saya pulang kekampung minggu lepas. Dan kebiasaannya akak akan juga pulang ke kampung utk makan tengahhari bersama2 saya. So best part nya, si kembar ini akan saya capai dulu ketika mereka sampai di rumah emak. Hafiz & Harith yg sangat comel. Dengan keletah2 terbaru yg sgt comel. Baru 7 bulan lebih, Hafiz & Harith sudah ingin bangun & berdiri. Mencari port2 yg selesa utk berlajar bediri. Kadangakala saja saya dirikan utk mereka rasa self confidence.

Dulu ingat lagi, selama saya dalam pantang, akak bersalinkan si kembar ini. Jadi disebabkan saya tiada anak, saya ambil kesempatan menjaga si kembar terutamanya si Hafiz. Tidur malam pun dgn si Hafiz sebab si Harith waktu tu byk "songeh". Hafiz waktu itu sgt baik. Alhamdulillah, Allah beri saya luangkan masa yg banyak dlm waktu berpantang itu utk menjaga mereka ini.

Ingat lagi, ketika hampir hujung masa berpantang dan ingin mula bekerja, saya menangis meninggalkan mereka. Rasa rindu yg amat sgt. Merekalah cinta hati saya, gantian dari kehilangan Zara Aneesa. Namun saya harus pergi tunaikan tanggungjawab saya utk bekerja. Rindu tetap rindu. Bila ada waktu hujung minggu, saya akan pulang ke kampung ziarah mereka.

Monday, July 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 2.

Alahdmulillah dan sujud syukur saya ke hadrat Illahi atas kurniaannya dan kesempatan kami suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 2. Terlalu byk ujian yg mendatang dalam masa 2 tahun ini yg mengajar kami utk terus sabar & terus bersama. Dan selama 2 tahun ini, hadiah paling indah & bermakna dalam hidup saya adalah lahirnya arwah Zara Aneesa dlm hidup kami. Walaupun kini dia telah tiada, namun dia tetap "hidup" utk kami berdua.

UtkMu Ya Allah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan utk Mu. Terima kasih Ya Allah atas kesempatan2 ini. Rahmat & berkati rumahtangga kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

Utk suami tersayang, you are such a very great husband. Terima kasih kerana melengkapkan hidup saya sbg seorang isteri & suami. Mohon redha atas saya dunia dan akhirat. Terima kasih atas segalanya. Moga Allah lindungimu selalu.

Dan ini hadiah dari suami bersempena ulang tahun perkahwinan kami. Saya jenis x berapa pakai sgt barang kemas, tapi balik dr shopping barang kenduri saya dan suami singgah ke kedai emas di satu shopping mall. Ha, ni lah hasil dr persinggahan kami.