Wednesday, May 4, 2011

Minggu lepas punya cerita...

Saya tidak berapa sihat hari ini. Rasanya badan ni panas, mata rasa panas...nak demam lagi agaknya. Minggu lepas minggu yg sgt sibuk dgn kerja & menyelesaikan hal2 peribadi. Salah satunya, accident. Haa..otw pergi kerja minggu lalu, Abg Viv saya "dicium" org. Hahah dentuman yg menyeret Abg Viv saya jauh kehadapan membuatkan dianya cedera.


Huh, seharian itu saya tidak ke pejabat, menyelesaikan laporan polis, dokumen isnurance dsb.  Hampir semingu juga Abg Viv saya tinggal di hospital. Saya pun mcm "patah kaki" bila Abg Viv saya sakit. Tapi saya "lenjan" pulak kereta suami yg suami gelarkan saya "Mak Tiri" ....sbb dia tau saya memang akan "mengganas" bila bawak kereta dia :).

Alhamdulillah, kini Abg Viv sudah sembuh, namun saya masih cuak-cuak jugak bila bawak kereta ke tempat kerja, maklumlah terlalu byk "obstacles" di sepanjang jalan ke tempat kerja. Dengan keadaan jalan yg tidak memuaskan, dengan lori treller yg masing2 berlumba, dengan attitude pemandu itu sendiri dan lain2 aspek dan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Saya akan lebnih hati2, walaupun mungkin kemalangan kali ini bukan atas sebab kesilapan saya..namun, Insyaallah dgn hati2, dan awareness yg tinggi akan menyelamatkan nyawa kita. Insyaallah :)

No comments:

Post a Comment