Hari ini, selepas 3 hari hari kelahiran suami yg ke 32...Saya baru berkesempatan utk buka email, buka blog, buka FB. Kebetulan di hari kelahirannya, saya keluar kawasan kerana berkursus selama 3 hari. Namun saya masih sempat membeli hadiah hari lahirnya ...Harap dia suka...
Harapan saya sempena hari lahir suami yg ke 32
1. Menjadi suami yg soleh, taat pd AllahSWT
2. Menjadi suami yg soleh & melayan saya dgn baik
3. Menjadi ayah yg soleh utk anak2 yg bakal di lahirkan...utk Zara Aneesa dan adik2nya kelak.
4. Mempunyai budi pekerti yg mulia, sifat2 mahmudah.
5. Memperoleh rezeki yg halal hasil titik peluhnya sendiri, yg berkat utk saya & anak2.
6. Sentiasa ada bersama saya tidak mengira keadaan susah @ senang
Dan terlalu byk utk saya listkan harapan saya terhadap seorang suami..lebih2 lagi suami yg saya mahu hidup bersamanya, mati bersamanya dan ke syurga bersamanya.
Utk ayah...selamat hari lahir yg ke 32...Mum sayang & cinta ayah selamanya....
No comments:
Post a Comment