Tuesday, January 18, 2011

Menziarahi Kubur

Saya text suami tghari ini yg menyatakan saya teringin sgt menziarahi kubur puteri kami Zara Aneesa. Since pemergiannya, saya masih belum pernah menziarahi pusaranya..Suami jawab, dia akan cuba merealisasikan hajat saya itu.

Kenapa saya tidak berziarah sejak dulu? Ketika dlm pantang, saya masih lagi dlm keadaan berhadas, jadi saya elakkan diri pergi ke tempat2 sebegitu sbb diri saya tidak bersih. Sekembalinya saya ke Kelang, mula bekerja, asal balik ke Perak juga, saya dlm keadaan berhadas. Jadi itu membantutkan hajat saya. Kali ini insyaallah, akan saya usahakan sementelah diri bersih dr hadas. Lagipun dekat hampir 100 hari Aneesa pergi. Perlu rasanya saya menziarahnya.

Rindu dihati bukan kepalang...menahannya seperti tidak bernafas dlm dada. Senja semalam, lepas solat subuh, saya mengaji Quran. Sambil mengaji, airmata saya mengalir. Pahala mengaji itu saya hadiahkan utk puteri saya. Suami lihat dari jauh yg saya menangis. Saya nak explain pd suami pun saya x tau..Tapi saya mengharapkan yang dia akan faham akan apa yg saya rasakan...

Seorang teman lama menyatakan bahawa anak itu menjadi syafaat utk ibu bapanya..Boleh sesiapa provide hadis sohih utk apa yg dinyatakan oleh teman saya itu?

No comments:

Post a Comment