Friday, October 8, 2010

Penghujung Syawal

Penghujung Syawal yg amat bermakna..pertemuan dgn ayah mertua buat pertama kalinya setelah hampir 2 tahun saya berumahtangga. Lepas balik kerja semalam, terus shoot ke KLIA. Pertemuan sebelum ayah & mak (ibu tiri) berlepas ke Sabah malam tadi. Alhamdulillah pertemuan yg diluar jangkaan saya. Ayah & ibu mertua tiri saya cukup baik.

Ayah mertua cukup ramah, ibu mertua pun ramah & membahasakan dirinya "mak" walaupun pd hakikatnya dia hanyalah ibu mertua tiri. Tp kemesraan tu terjalin sudah walaupun baru pertama kali bertemu.

Borak2 di meja makan sambil minum teh tarik & mee kari...borak pasal asal usul, pasal kerja, pasal Singapore, pasal kg halaman di Melaka...Ayah & ibu pulak beriya2 mengajak kami ke Singapore. Dan tekad dihati saya, saya pasti akan ke sana selepas bersalin nanti. Nak menjenguk kedua orang tua mertua saya. Hubungan antara anak & ayah yg lama terpisah perlu dijalinkan kembali. Melihat husband memeluk ayahnya semalam, hati saya bertaut hiba. Mesti rindu yg bertaut dihati suami saya terlerai sudah ..walaupun selepas ini, entah bila suami akan bertemu ayahnya lagi? ..Hati saya rasa sayu.

Ibarat pesanan mak saya - selagi ada hayat org tua kita, selagi itu kita perlu berat kepada orang tua kita. Sayang & kasihi org tua kita.  Doakan kesejahteraan orang tua kita. Itu tanda kasih sayang kita pd mereka.

Ayah...emak...harap kita akan jumpa lagi...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment